22 Februari 2010

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang melibatkan bidang pendidikan iaitu Memperluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri telah memberikan fokus kepada 4 sub-NKRA iaitu :-

1. Prasekolah

Bermatlamatkan peningkatan 20 % penyertaan kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas dalam pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi (LINUS).

Semua murid sekolah dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi sebelum melangkah ke Tahun 4 pada tahun 2012. Bagi kanak-kanak berkerperluan khas pula, pendidikan yang khusus telah disediakan bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran literasi dan numerasi.

3. Sekolah Berprestari Tinggi.

Merupakan usaha KPM membangunkan 100 buah 'High Performence Schools' termasuk 'Trust Schools' pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar.

'Tawaran Baru' (New Deals) Pengertua /Guru Besar berdasarkan 'performence based assessment' mulai tahun 2010.

Petikan Buletin keluaran Jabatan Pelajaran Selangor, bil 12 keluaran 2009.

16 Februari 2010

KSSR diperkenalkan 2011.

Kurikulum baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.

KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kerapa murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahn atau peringkat awal pendidikan mereka.

Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Oleh itu guru-guru sedang diselia dan dilatih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik pengajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaanya bagi guru-guru untuk mengajar subjek Matematik dan Sains sejajar matlamat kerajaan.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan diuji rintis dalam mata pelajaran terpilih. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Petikan Utusan Malaysia, sisipan ADAP keluaran 12 Januari 2010.

12 Februari 2010

Kurikulum baru mampu lahir pelajar cemerlang.

KUALA LUMPUR : Mantap dan lebih kondusif. Itulah reaksi pelbagai pihak yang menyambut naik Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bakal diperkenalkan pada tahun 2011 dan mengharapkannya dapat melahirkan murid cemerlang selain bersemangat patriotik.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pendekatan serampang dua mata itu diharapkan dapat melahirkan murid lebih berdaya saing.

"Kita gembira dengan kurikulum baru ini dan berharap penambahbaikan ini berterusan untuk membantu murid mencapai kecemerlangan seterusnya menuju cita-cita untuk mewujudkan pendidikan holistik. Saya juga berharap KSSR ini akan memperbaiki kelemahan kurikulum terdahulu serta meningkatkan penguasaan Membaca, Menulis dan Mengira (3M) terutama untuk murid di luar bandar.

"Untuk membolehkan KSSR mencapai sasaran, pendidikan prasekolah juga penting untuk persiapan bakal murid tahun satu mengenali dan memahami kemahiran asas sebelum melangkah ke alam persekolahan," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini semalam.

Mohamad Ali berkata, pendekatan KSSR yang lebih kepada aktiviti dua hala selain program seperti muzik dan seni antara cara terbaik untuk mengenalkan pelajar Tahun Satu dengan alam persekolahan menyeronokkan.

"Ini penting kerana kita tidak mahu murid terasa bosan dan juga membentuk semangat patriotisme dalam jiwa kanak-kanak di alam persekolahan," katanya.

Petikan Berita Harian, halaman 6 bertarikh 4 Januari 2010.

AJK Majlis Guru Cemerlang, Daerah Hulu Selangor sesi 2010/2012.

Senarai Ahli Jawatankuasa Majlis Guru Cemerlang, Daerah Hulu Selangor Sesi 2010-2012.

YDP : Puan Siti Sarah bt. Abdul Malik
(SK Serendah)

NYDP : Encik Anuar b. Md. Isa
(SMK Kampung Soeharto)

Setiausaha : Puan Azmah bt. Abd. Aziz
(SMK Serendah)

N.Setiausaha : Puan Hajah Norishah bt. Abu Bakar
(SK Ampang Pecah)

AJK

Zon Sg. Choh : Puan Salamah bt. Udin
(SMK Serendah)

Puan Normawati bt. Abd. Rahman
(SK Sg. Choh)

Zon KKB : Puan Sarmeswari A/P Karuppiah
(SMK Dato' Hj. Kamaruddin)

Encik Zahari b. Zakaria
(SK Kuala Kubu Bharu 1)

Zon Soeharto : Encik Ayub Kamaruddin b. Haji Ya'acob
(SMK Gedangsa)

Puan Maimunah bt. Abd Aziz
(SK Gesir Tengah)

Zon Kalumpang: Puan Low Lai Fun
(SMK Kuala Kubu Bharu)

Puan Rosnizar bt. Kassin
(SK Kerling)

Juruaudit : Puan Nooramali bt. Mohd Ramli
(SMK Bukit Sentosa)

Encik Saiful Nizam b. Sayuti
(SK Gedangsa)

Tahniah kepada mereka yang terpilih menganggotai Majlis Guru Cemerlang Daerah Hulu Selangor. Moga dapat merangcang aktiviti yang boleh membawa manafaat kita bersama khususnya dan sekolah amnya.

06 Februari 2010

Panduan Membina Soalan Peperiksaan Kajian Tempatan.

Kertas mata pelajaran Kajian Tempatan bertulis dijalankan 1 jam 15 minit. Soalan terbahagian kepada 2 bahagian. Bahagian A dan Bahagian B. Semua soalan adalah berbentuk objektif.

Bahagian A terdiri daripada soalan yang mempunyai jawapan A, B, C dan D. Murid digalakkan untuk menjawab menggunakan kertas OMR.

Bahagian B terdiri daripada :-
1. Soalan mengisi tempat kosong (5 soalan = 5 markah)
2. Soalan betul atau salah (5 soalan = 5 markah)
3. Soalan suaikan (5 soalan = 5 markah)
4. Soalan berdasarkan peta, mata arah angin, gambar atau yang sesuai (5 soalan = 5 markah)

Peringatan : Bagi soalan 1,3 dan 4, pilihan jawapan mestilah lebih 4 daripada soalan. 5 soalan tetapi pilihan jawapan mempunyai 9 jawapan pilihan.

Markah peperiksaan bertulis seperti berikut :-
Bahagian A = 30 markah
Bahagian B = 20 markah
Jumlah = 50 markah

* 50 markah lagi adalah markah projek yang dilaksanakan sebelum hari peperiksaan bertulis.

Panduan Menulis Rancangan Harian.

Mata Pelajaran : Kajian Tempatan
Tarikh : 4 Januari 2010
Kelas : 5 Bijak
Masa : 11.50 - 12.50 tgh

TOPIK/TEMA : 3. MENGENAL NEGARA KITA
Sub topik/tema : 3.1 Lokasi Malaysia
a. Di Asia Tenggara
i. Kedudukan Malaysia berpandukan arah mata angin
ii. Kedudukan Malaysia dengan negara-negara jiran di Asia Tenggara
Hasil pembelajaran : Murid dapat menyenaraikan 5 negara di Asia Tenggara yang berjiran dengan Malaysia

Aktiviti : 1). Murid melihat teks dan gambar BT hlm 2 dan 3.
2). Murid dalam kumpulan menyatakan arah mata angin berdasarkan kedudukan rakan mereka.
3). Murid dalam kumpulan menyatakan arah mata angin kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.
4). Murid melukis arah mata angin di kertas majung berdasarkan kompas.
5). Murid membentang hasil dapatan dan kumpulan lain memantau jawapan kumpulan.
6). Murid secara berkumpulan menyenaraikan negara-negara jiran Malaysia di kertas A4 menggunakan peta minda berdasarkan peta di BT hlm 3.
7). Murid membentang hasil dapatan kumpulan.
8). Murid dan guru merumus pelajaran hari ini.
Unsur Patriotisme : Bersyukur dan berbangga dengan lokasi negara kita yang strategik.
BBM : peta dunia, kompas, kertas majung
Impak : 3/40 orang murid masih boleh menjawab soalan yang diberi dengan bimbingan guru.