26 Februari 2013

Rancangan Pelajaran Tahunan Kajian Tempatan 2013.


Saya selesai menghantar Rancangan Pelajaran Tahunan Kajian Tempatan 2013 kepada semua Ketua Panitia Kajian Tempatan, Sekolah-sekolah Daerah Hulu Selangor. Namun begitu, masih terdapat beberapa email yang saya tersalah maklumat atau saya salah faham akan tulisan anda. Saya mohon, mereka yang terlibat, berikan email semula kepada saya melalui email atau pesanan di blog ini.

Rancangan Pelajaran Tahunan Kajian Tempatan 2013.

Perhatian. Rakan-rakan yang saya bulatkan dengan warna merah, sila berikan email anda semula. Saya tidak dapat menghantar Rancangan Pelajaran Tahunan Kajian Tempatan kepada anda. Kerjasama anda, amat saya hargai.


04 Februari 2013

PEPERIKSAAN BERTULIS KAJIAN TEMPATAN.

Peperiksaan Bertulis Kajian Tempatan.

Bahagian A.

Soalan objektif - 30 soalan (Jawapan A, B, C atau D)

Bahagian B.

1. Isikan tempat kosong. (5 soalan)
    Jawapan perlu ada 10 jawapan, 5 jawapan yang betul dan 5 jawapan yang salah.

2. Betul atau salah. (5 soalan)

3. Carta. (5 soalan)
    Jawapan perlu ada 10 jawapan, 5 jawapan yang betul dan 5 jawapan yang salah.

4. Peta minda, gambar, suaikan gambar, peta.
    Jawapan perlu ada 10 jawapan, 5 jawapan yang betul dan 5 jawapan yang salah.

 Aras soalan.

Bahagian A.

- 5 soalan mudah (aras 1-2)
- 20 soalan sederhana (aras 3-4)
- 5 soalan sukar (aras 5-6)

Bahagian B.

- 5 soalan mudah (aras 1-2)
- 12 soalan sederhana (aras 3-4)
- 3 soalan sukar (aras 5-6)



TEMA DALAM SUKATAN KAJIAN TEMPATAN.

Tema Dalam Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan.

TEMA 1  :  Rumah sebagai keperluan asas manusia
TEMA 2  :  Perihal kawasan setempat                                                   TAHUN 4

TEMA 3  :  Mengenai negara kita
TEMA 4  :  Sejarah negara kita                                                             TAHUN 5

TEMA 5  :  Ekonomi negara
TEMA 6  :  Kejayaan dan kebanggan negara                                         TAHUN 6

Sila pastikan sukatan yang diguna pakai, adalah betul. Abaikan sukatan yang mempunyai 12 tema.