30 Oktober 2012

PPj sasar lebih lima juta kunjungan Putrajaya 2013.

Perbadanan Putrajaya (PPj) mensasarkan lebih lima juta penduduk sekitar Lembah Klang mengunjungi Putrajaya pada 2013, berikutan pelancaran program Alami 1Putrajaya (AL1P). Menteri Wilayah Pesekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin, berkata AL1P bagi mempromasikan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan dan membantu peniaga menambah pendapatan.

Sehubungan dengan itu, katanya, sebagai permulaan PPj membawa 440 penduduk dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Parlimen Lembah Pantai menaiki bas Nadi Putra mengadakan lawatan sehari sempena majlis pelancaran AL1P.

"Pada tahun ini hanya dua juta pelancong tempatan dan asing datang melawat Putrajaya, namun ia bukanlah satu angka yang boleh dibanggakan kerana mereka datang ke sini hanya sebagai laluan, bukan penginapan selama dua atau tiga hari".

"Justeru, diharapkan dengan adanya program seumpama itu, kita dapat menarik minat pelancong supaya tinggal lebih lama bagi mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Putrajaya," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program AL1P di Dewan Perdana, Pudat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Sementara itu, pengunjung, Tan Kuan Eia, 57, berkata beliau gembira kerana terpilih menjadi kumpulan terawal dibawa melawat Putrajaya menerusi program AL1P.

"Apa yang boleh saya katakan, Putrajaya cantik, bersih dan bangunan yang ada di sini seperti di negara luar'. 

15 Oktober 2012

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2012.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Khalid bin Ahmad Taufik
(Guru Penolong Kanan Kurikulum)
 
Persembahan sajak oleh murid-murid tahun 5 Aktif.
Persembahan koir nyayian lagu-lagu patriotik.
Ramai-ramai menyanyikan lagu-lagu patriotik.
Barisan koir murid-murid tahun 5 Aktif.
Guru-guru turut menyanyikan lagu-lagu patriotik.
 
En. Nasarudin (Guru Disiplin) turut menyanyikan lagu-lagu patriotik.