20 Januari 2010

Mesyuarat Kajian Tempatan Daerah Hulu Selangor Kali Pertama 2010.

Pada 21 Januari 2010, bertempat di SK Kuala Kubu Bharu 2, Kuala Kubu, telah diadakan mesyuarat Panitia Kajian Tempatan Daerah Hulu Selangor yang merupakan perjumpaan tahunan setiap Ketua Panitia Kajian Tempatan, SK, SJK ( T ) dan SJK ( C ) dan Wakil Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor yang dipengerusikan oleh Puan Azian, Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu2.

Dalam ucapan En. Hasren b. Damiri, Penyelia KBSR, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor mewakili Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor, beliau menyatakan bahawa tahun ini adalah tahun yang memeritkan bagi warga pendidik. Antaranya ialah :-
1. Kursus LADAP digantung buat ketika ini akibat peruntukan yang dipotong. Sebagai gantinya, guru-guru dikehendaki membaca 7 buah buku yang sesuai yang berbentuk ilmiah. Buku mestilah tidak kurang daripada 50 muka surat. Setelah itu, guru-guru mestilah membuat sinopsis kepada Guru Besar sekolah masing-masing. Guru Besar perlu membaca buku tersebut untuk mengetahui jalan cerita buku tersebut.

2. Kursus anjuran Pejabat Pelajaran Daerah hanya akan diadakan sekiranya ada permintaan seramai 50 orang peserta. Dengan syarat, guru tersebut perlu membayar kos pengendalian kursus. Bukan itu sahaja, guru-guru yang mengikuti kursus tersebut, tidak boleh membuat tuntutan perjalanan kursus.

3. Bagi mesyuarat yang dijalankan sehari, makan hanya sekali sahaja. Bagi mesyuarat yang dijalankan pada sebelah petang, makan tidak disediakan.

4. Bagi kursus yang dijalankan oleh IPG, hanya makan sahaja yang disediakan. Tuntukan perjalanan tidak boleh dibuat tuntutan.

5. Perbelanjaan bagi api, air dan utiliti yang lain, disediakan hanya untuk 6 bulan. Oleh itu, pihak sekolah disaran untuk berjimat cermat.

6. Terapkan kepada anak didik untuk mengambil langkah berjimat cermat.

En. Hasren juga menyampai amanat Pengarah Pelajaran Selangor. Antaranya :-

1. Guru diingatkan agar tidak duduk ketika mengajar. Guru mestilah berdiri sepanjang sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Sekiranya perlu, meja guru tidak perlu di kelas.

2. Guru tidak digalakkan untuk membawa rotan ketika mengajar.

3. Guru perlu tahu Misi dan Visi sekolah masing-masing.

4. Unsur muzik diselitkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

5. Pastikan murid tahun 6 meninggalkan sekolah rendah, sudah boleh membaca dan mengira. Bagi tujuan ini, kementerian telah memperkenalkan LINUS bagi menambahbaikkan program KIA2M.

03 Januari 2010

Selamat Datang ke Blog Saya.

Belajar membina blog dengan En. Syed Hassan....terima kasih atas ilmu yang dicurahkan....

Pengalaman Membina Blog Sendiri.

Membina blog bersama rakan-rakan...

Hari ini aku bertuah kerana dapat mengikuti kursus membina blog sendiri yang sekian lama aku tunggu. Dapat juga aku dapat bina blog sendiri....Terima kasih Tuan Syed Hassan b. Syed Muhamed.

Kursus Pemantapan Guru Cemerlang Daerah Hulu Selangor.

Atas usaha PPD Hulu Selangor, Kursus Pemantapan Guru Cemerlang Daerah Hulu Selangor telah diadakan di Hotel Putera, Kuala Lumpur, bermula pada 12 - 14 Oktober 2009.